Monday, September 26, 2022

Aksi perahu naga 17 negara

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak akan menerima jumlah pengunjung yang tinggi susulan pengajuran program dan aktiviti antarabangsa yang akan diadakan kelak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia termasuk penganjuran Festival Muzik Borneo 2022 yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 September ini di Kampung Budaya Sarawak.

Menurut Abdul Karim, acara tersebut akan memghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia termasuk Alan Walker dari United Kingdom dan DJ Soda dari Korea Selatan.

“Selain itu, kita juga akan menyaksikan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 2022 yang akan pada Oktober kelak dan menjangkakan lebih 60 pasukan dari 17 negara bakal menyertainya.

“Turut berlangsung nanti adalah program Regatta Sarawak 2022 dan Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa ke-25 bakal menyusul pada November tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Sia Sitok Sarawak 4.0 dan Penginapan Sia Sitok di Dewan Masyuarat Mulu, di Bangunan Baitulmakmur 2, dekat sini, semalam.

Dalam hal berkaitan, Abdul Karim juga yakin industri perhotelan di Sarawak akan mendapat sambutan dan mereka juga sibuk dengan tempahan penuh daripada pelancong dan peserta.

“Dengan adanya penganjuran acara antarabangsa seperti ini, ia adalah peluang yang baik kepada pemain industri termasuk pihak perhotelan sekali gus akan meningkatkan tempahan hotel,” ujarnya.

Mengenai perkembangan projek infrastruktur pelancongan katanya, ia berjalan dengan baik setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru