Monday, September 26, 2022

Raptai sambutan Hari Kebangsaan di Betong

Secara Rawak

BETONG: Raptai sambutan perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, hari ini penuh warna-warni hari ini semalam 1st para.

Mengetuai acara ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi merangkap menteri bertanggungjawab bersama-sama jawatankuasa induk sambutan pada 31 Ogos ini.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu, yang juga Adun Layar.

Dalam catatan di Facebook rasmi, beliau berterima kasih kepada semua yang memberikan komitmen penuh pada sesi raptai.

“Alhamdulillah pagi tadi saya berkesempatan menyaksikan raptai penuh
sambutan perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir, sama ada terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan raptai tersebut,” katanya.

Sambutan perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Selain, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru