Saturday, December 3, 2022

Lelaki maut tertembak rakan

Secara Rawak

PADAWAN: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai tertembak oleh rakan sendiri ketika berburu di hutan Kampung Giam, di sini kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa, 64, pesara tentera meninggal dunia di lokasi kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada badan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tiga lelaki berumur 59, 70 dan 80 tahun yang keluar berburu bersama-sama mangsa kemudian ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, turut dirampas selaras senapang patah, dua kelonsong peluru, satu butir peluru, sebuah buku kebenaran membawa dan mengguna senjata dan lesen senjata api.

“Kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama-sama adik dan dua orang rakannya telah masuk ke kawasan hutan Kampung Giam, sekitar jam 8 pagi untuk memburu babi hutan dengan bantuan anjing.

Katanya, sekitar jam 11.45 pagi, salah seorang daripada mereka ternampak pergerakan seperti babi hutan dan melepaskan tembakan pada jarak lebih kurang 20 meter.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru