Thursday, October 6, 2022

Mayat insiden bot karam di Bintulu dijumpa

Secara Rawak

BINTULU : Mayat seorang warganegara Indonesia yang dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam di Sungai Jelalong berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK ) Kuala Kebulu Jelalong Tubau, Sabtu sudah dijumpai pagi tadi.

Mayat warga Indonesia yang dikenali sebagai Ridwan itu ditemui pada jam 9.00 pagi(Isnin) oleh penduduk kampung lebih kurang 2 km ke hilir dari tempat kejadian dalam keadaan di sebalik ranting kayu di tepi sungai.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata pengecaman dibuat oleh rakan mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian Sabtu lalu.

Menurut beliau, mayat mangsa, kemudiannya, dibawa ke Balai Polis Tubau untuk dihantar ke Hospital Bintulu bagi tindakan selanjutnya.

Dalam insiden jam 8.00 pagi Sabtu lalu, rakan mangsa yang merupakan pengurus syarikat Millenium Insan Sdn. Bhd melaporkan bahawa bot yang dinaiki mangsa telah karam semasa menyeberang Sungai Jelalong berdekatan SK Kuala Kebulu.

Semasa kejadian, mangsa sepatutnya turun bekerja membuat struktur bangunan di sekolah berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru