Saturday, December 3, 2022

Mayat di Miri: Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan

Secara Rawak

MIRI: Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat lelaki di sebuah rumah kosong di Permyjaya Miri, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 26 tahun hingga 50 tahun ditahan dilokasi berasingan di Permyjaya antara jam 7 malam hingga 8 malam.

Menurutnya, sebelum itu, pihak polis menerima panggilan dari orang awam yang menjumpai mangsa kira-kira jam 4.30 petang.

“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah bergegas ke tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan di kawasan tersebut telah menemukan mangsa, 34, dalam keadaan terbaring dengan memakai seluar pendek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, punca kematian belum dapat dikenal pasti dan mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarqng spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan menganggu siasatan.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Asisten Superintendan Noor Asri Ibrahim di talian 085-427093 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru