Monday, September 26, 2022

Lima langkah di bawah BKSS 9.0

Secara Rawak

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 9.0

“Meringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Akibat Inflasi”

Bismillahhirrahmannirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Salam Sejahtera dan Salam Sarawakku Sayang.

Sekarang adalah masa yang sangat mencabar bagi kita disebabkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya mendengar keluhan rakyat berkenaan harga barang yang semakin meningkat seperti harga ayam dan telur, kenaikan harga minyak masak dan sebagainya.

Untuk makluman, setakat Jun 2022, inflasi Malaysia meningkat 3.4 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala kadar inflasi Sarawak meningkat 3.2 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, sebagai kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap keluhan rakyat, Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup, terutama yang berpendapatan rendah.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

LANGKAH 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK

Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

JADUAL 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK

Kategori Pengguna

Diskaun

Jumlah Subsidi

(RM juta)

Domestik[]

25%

117.32

Komersil C1, C2 & C3

15%

67.09

Industri I1 & I2

10%

7.15

Industri I3

5%

10.20

Jumlah Subsidi (RM juta)

201.76

 

LANGKAH 2: DISKAUN BIL AIR

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri diteruskan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

JADUAL 2: DISKAUN BIL AIR

Kategori Pengguna

Diskaun

Jumlah Subsidi 

(RM juta)

Domestik 

25%

20.50

Domestik / Komersil

15%

5.81

Komersil

15%

7.64

Industri

10%

1.39

Jumlah Subsidi

35.34

 

LANGKAH 3: DISKAUN TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak. Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54.0 juta.

LANGKAH 4: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI 

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun. Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.

LANGKAH 5: ADDITIONAL CONSTRUCTION MATERIALS UNDER THE SPECIAL PROVISIONS FOR VARIATION OF PRICE (VOP) 2.0

The price increase of construction materials had badly impacted the players in the built industry. As an effort toward easing the margin erosion faced by the contractors and ensure the delivery of Government projects during this difficult time, the Sarawak Government has initiated the Variation of Price (VOP) 2.0 to cater for the increase in price of construction materials for all State funded projects.

The VOP 2.0 will cover the following areas:

  1. On-going contracts with Letter of Acceptance (LOA) issued between 1 January 2021 until 31 December 2021;
  1. 15 additional materials for building works;
  1. R.C. Square Pile;

(ii) Concrete;

(iii) Steel (Other than reinforcement bars);

(iv) Bricks & wall;

(v) Glass;

(vi) Aggregate;

(vii) Ceiling;

(viii) Paint;

(ix) Sand;

(x) Plumbing materials;

(xi) Floor & wall tiles;

(xii) Sanitary fittings;

(xiii) Timber (include plywood);

(xiv) Ironmongeries; and

(xv) Roofing materials;

3. 10 additional materials for civil engineering works; and

(i) R.C. Square pile; 

(ii) Cement;

(iii) Steel (fabric reinforcement);

(iv) Guardrail;

(v) Bitumen;

(vi) Cable stay;      

(vii) P.C. strand;          

(viii) T40 Reinforcement Bar;

(ix) Diesel; and

(x) HDPE Pipe

4. Extension of Time (EOT) up to maximum of 6 months, subject to the condition stipulated by the respective agencies.

The Sarawak Government is estimated to bear the cost of approximately of RM700 million for allowing the variation of price.

KESIMPULAN

Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat agar memberi manfaat kepada semua golongan.

Kita sekarang dalam fasa pemulihan ekonomi. Justeru itu, saya berharap agar langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0 yang berjumlah hampir RM1.0 billion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Sarawak.

Terima kasih.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru