Sunday, September 25, 2022

Faedah untuk rakyat Sarawak di bawah BKSS 9.0 

Secara Rawak

Langkah pertama: Diskaun bil elektrik

  • Inisiatif pemberian diskaun 5 peratus sehingga 25 peratus ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM201.76 juta.

Langkah kedua: Diskaun bil air

  • Diskaun bil air 10 peratus  hingga 25 peratus diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta  dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah ketiga: Diskaun 25 peratus dan 30 peratus untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan

  • Diskaun 25 peratus untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30 peratus untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersial , industri dan premis pegangan khas.

Langkah keempat: Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

  • Diskaun untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC.

Langkah kelima:  Perubahan harga bagi Bahan Binaan (Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0 bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di Sarawak dengan kenaikan harga binaan.

  • Bantuan ini untuk kontrak berterusan dengan Surat Setuju Terima (LOA) yang dikeluarkan antara 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
  • Ia meliputi 15 bahan tambahan untuk kerja binaan dan 10 bahan tambahan untuk kerja-kerja kejuruteraan awam.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru