Monday, September 26, 2022

BKSS 9.0: RM1 bilion untuk bantu rakyat Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak mengumumkan kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 melibatkan satu pakej bantuan  dan mengekalkan empat pakej lama berjumlah RM1 bilion, .

Menurut Abang Johari Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Kerajaan Sarawak menambah satu langkah baharu  bagi tempoh enam bulan mulai Julai lalu hingga Disember 2022.

Katanya,  pakej baharu  berkenaan ialah Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0.

Sementara itu, empat pakej sedia ada  yang dikekalkan ialah  diskaun bil elektrik, diskaun bil air, diskaun taksiran cukai pintu, diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai.

“Keputusan ini dibuat bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dengan kos sara hidup yang  semakin meningkat dan tempias daripada inflasi ekonomi,” katanya dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

“Inisiatif tersebut diambil kerajaan Sarawak selepas mengambil kira situasi semasa yang semakin mencabar dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan inflasi ekonomi yang meningkat di Malaysia iaitu sebanyak 3.4 peratus pada bulan yang sama berbanding 2021,” jelasnya.

“Manakala inflasi di Sarawak pula meningkat sebanyak 3.2 peratus berbanding pada bulan yang sama pada tahun lepas,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru