Saturday, December 3, 2022

RM40.5 juta kerugian dalam 1,482 kes jenayah komersial di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 1,482 kes jenayah komersial direkodkan sepanjang tempoh dari 1 Jan tahun ini hingga 31 Julai lalu di negeri ini berbanding 1,706 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memperlihatkan penurunan sebanyak 224 kes atau 13.13 peratus.

“Kerugian jenayah komersial bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM40.5 juta bagi tahun 2022, manakala bagi tempoh sama tahun 2021, adalah sebanyak RM35.2 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM5.2 juta atau 14.78 peratus,” jelasnya.

Ini katanya membabitkan 268 kers Internet dengan kerugian RM1.4 juta; Macau Scam 148 kes, kerugian RM9.4 juta dan menyamar 141 kes dengan kerugian RM3.6 juta.

Katanya lagi, kes pinjaman tidak wujud pula ialah 140 kes dengan kerugian RM1.3 juta dan tawan pekerjaan sebanyak 129 kes membabitkan kerugian RM1.7 juta.

“Usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi membendung jenayah komersial di negeri ini telah menghasilkan sebanyak 605 tangkapan bagi tahun 2022,” jelasnya.

Jelasnya, seramai 826 orang telah dituduh di mahkamah, termasuk kes-kes bagi tahun sebelumnya.

“Pertuduhan tersebut melibatkan 751 kertas siasatan dan jumlah pertuduhan keseluruhan sebanyak 1213 dengan jumlah peratusan pertuduhan sebanyak 50.67 peratus,” katanya lagi.

Katanya, JSJK Sarawak bertanggungjawab menyiasat kes jenayah penipuan, pecah amanah jenayah, jenayah siber, pemalsuan, pemberi pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long), wang palsu dan sebagainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru