Monday, September 26, 2022

Mesti tabah, sabar

Secara Rawak

PASTI ramai tidak tahu cabaran membentuk atlet para. Yang pasti, ia cukup mencabar dan memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Jurulatih Boling Padang Para Sarawak, Siti Nadia Husna Saini berkata, banyak perbezaan dan kaedah yang perlu diadaptasi bagi memastikan latihan dapat dijalankan dengan berkesan.

embilan tahun pengalaman sebagai jurulatih boling padang bagi atlet normal, ini merupakan kali pertama dia melatih atlet para.

“Untuk orang buta banyak perbezaan dan agak mencabar, kalau orang normal biasanya kita akan bagi arahan, contoh luruskan kaki.

“Tetapi untuk OKU ini, saya kena kerja lebih keras melalui demontrasi dan penyampaian dengan mereka memegang tangan pegang kaki saya.

“Dari situ mereka belajar, walaupun tidak dapat melihat tetapi mereka merasa melalui sentuhan. Jadi mereka mesti meraba untuk belajar cara memberi kekuatan lebih laju dari segi balingan bola,” katanya.

Namun setiap individu OKU yang dilatih mempunyai perbezaan masing-masing mengikut kelas dan fizikal.

“Apabila berbeza-beza, jadi kalau begitu bukan mereka yang mesti ubah tetapi kita yang harus faham, harus belajar bagaimana posisi, bentuk badan dan pergerakan serta cara tangannya membaling bola ke arah “point”.

“Saya akan sentiasa membuat ‘kerja rumah’ cara melatih mereka, ini kerana kalau berbeza fizikal, masih senang untuk kita latih kerana mereka boleh melihat.

“Tetapi OKU buta memerlukan kesabaran dan ketekunan dalam merancang kaedah latihan,” katanya. Menurutnya, dalam apa-apa juga sukan atlet yang berpotensi tinggi dapat dilihat melalui semangat, disiplin serta komitmen yang diberikan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru