Monday, September 26, 2022

Lima acara Karnival Saberkas Saribas

Secara Rawak

SEBANYAK lima acara dipertandingkan pada Karnival Sukan Saberkas Cawangan Saribas yang melabuhkan tirainya hujung minggu lalu.

Acara tersebut adalah Pertandingan Futsal, Sepak Takraw, Pangkah Gasing, Badminton dan Bola Keranjang.

Bagi pertandingan pangkah gasing, Kumpulan KOBIC telah dinobatkan sebagai johan, manakala Kumpulan T. Tuah naib johan dan Kumpulan Red Boom tempat ketiga.

Manakala johan bagi pertandingan futsal milik Kumpulan Loy 69 B, Kumpulan KSRB A (naib johan) dan Kumpulan FRENZ A ketiga.

Sementara pasangan beregu, Abang Muhammad Saqul Amriee Abang Mohamad Asri dan Akma Iddin Masini menggunguli acara badminton apabila menewaskan Irwan Ismail dan Dzulfika Hasan dan Mohammad Ali Ibrahim dan Weng Teridi.

Manakala, bagi pertandingan sepak takraw, gelaran johan dirangkul oleh Kumpulan Ranger Debak dan Kumpulan KSTBS 3 sekadar berpuas hati ditempat kedua dan Saratok/KSTBS 1 ketiga.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Saribas, Mohammad Razi Sitam turut menyumbang dana penganjuran.
Turut hadir Setiausaha Saberkas Cawangan Saribas, Abang Busri Abang Morni.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru