Biarlah kes Najib jadi pengajaran kepada pemimpin, generasi muda

0
2
Khairil Nizam Khirudin

KUCHING: PAS menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati setiap keputusan yang dilakukan oleh institusi kehakiman.

PAS menurut ketua Penerangannya, Senator Khairil Nizam Khirudin  juga mengucapkan tahniah ke atas Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri kerana teguh berpegang pada prinsip pengasingan kuasa dan mengambil tindakan tidak mencampuri urusan Institusi Kehakiman.

“PAS menegaskan agar kes-kes berprofil tinggi yang sedang dalam perbicaraan seperti kes Lim Guan Eng,  Syed Saddiq, Datuk Seri Zahid Hamidi dan individu lain juga dapat segera diselesaikan dan diadili tanpa sebarang campur tangan dan tekanan dari mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS juga mengharapkan agar  bekas Perdana Menteri DatukSri Najib Tun Razak serta keluarga agar terus tabah dan reda dengan segala ketentuan dari Allah SWT.

“PAS mengiktiraf segala jasa beliau dalam membangunkan negara sepanjang tempoh menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam,” jelasnya.

“Semoga keputusan kes ini menjadi pengajaran kepada semua pemimpin, rakyat dan generasi muda negara,” katanya lagi.