Saturday, December 3, 2022

148 kes Macau Scam di Sarawak dalam tujuh bulan

Secara Rawak

KUCHING:  Terdapat peningkatan kes penipuan Macau Scam di Sarawak tahun ini berbanding tahun lalu.

Sebanyak 148 kes Macau Scam membabitkan nilai kerugian RM9.9 juta dilaporkan di negeri ini dari 1 Jan lalu hingga 31 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Bagi tempoh yang sama tahun lalu, sebanyak 107 kes membabitkan nilai kerugian RM3.6 juta dilaporkan.

Beliau berkata, sebanyak enam kes telah dituduh di mahkamah bagi dari 1 Jan hingga 31 Julai lalu.

Jelasnya, setiap nombor telefon, nombor akauan dan sebagainya yang diberikan oleh pengadu kepada polis akan disiasat bagi memudahkan risikan untuk menjejaki sindiket Macau Scam.

“Serbuan dan tangkapan akan dijalankan apabila kedudukan sindiket atau suspek berjaya dikesan melalui maklumat risikan tersebut,” katanya lagi.

“Setiap laporan polis oleh orang awam akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

Jelasnya lagi, serbuan dan tangkapan serta rampasan akan dijalankan setelah maklumat suspek atau sindiket diperoleh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru