Saturday, December 3, 2022

Dua pengedar dadah cedera terjun bangunan

Secara Rawak

MIRI: Dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah masing-masing patah kaki kanan dan retak tulang belakang selepas mereka bertindak terjun dari tingkat satu sebuah bangunan di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua suspek itu bertindak demikian ketika cuba melarikan diri daripada ditahan dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri di kawasan Permy Technology Park Tudan, di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam.

“Kedua-dua warganegara asing terbabit disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Ia selepas hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai dan merampas barang kes seperti empat peket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 6.5 gram dengan nilai RM650,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah kedua-dua suspek yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alexson berkata sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru