Saturday, December 3, 2022

Dua lelaki warga asing terjun bangunan elak ditangkap polis

Secara Rawak

MIRI : Dua lelaki warganegara asing cedera selepas bertindak nekad cuba terjun melalui tingkap untuk mengelak ditangkap polis dalam satu serbuan di kawasan Permy Technology Park Tudan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Miri, pada jam 1.30 petang semalam.

“Semasa pemeriksaan dijalankan kedua-dua suspek warganegara asing cuba melarikan dengan terjun dari tingkat satu bangunan tersebut.

“Tindakan itu mengakibatkan suspek patah kaki kanan dan seorang lagi retak tulang belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexson berkata, kedua-dua warganegara asing tersebut disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai dan merampas barang kes seperti empat paket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine berat kasar: 6.5 gram yang dianggarkan bernilai RM 650,” katanya.

Suspek ditahan dan disiasat di bawah Sek. 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru