Thursday, October 6, 2022

700 atlet bertarung

Secara Rawak

SEBANYAK 700 atlet dari 14 buah negara bakal berentap pada Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Premier Sarawak Borneo Cup di Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching yang bermuda pada 18 Ogos lalu hingga hari ini (Ahad).

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran sukan tersebut telah membuka peluang kepada para atlet untuk mengembangkan bakat ke pentas kejohanan berprestij.

“Ini merupakan kejohanan yang diadakan selepas negara dilanda Covid-19 dalam usaha kita menyambung semula dinamik sukan taekwondo kepada semua.

“Ia sekali gus membuka peluang buat peminat mengejar impian mereka. “Kementerian Belia dan Sukan Sarawak sentiasa menyokong apa-apa program berkaitan taekwondo.

“Walaupun persatuan ini bukan organisasi lama, tetapi usaha dan kerja keras para krew harus dihargai sehingga mereka mampu menjayakan penganjuran sebegini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut di Stadium Perpaduan, semalam. Beliau menambah, pentas kejohanan antarabangsa ini diharap mampu mengeratkan silaturahim para atlet dari luar negara.

“Tahniah kepada atlet yang mewakili negeri atau negara masing-masing. Ini membuktikan dedikasi dan bakat telah membawa anda semua ke Bumi Kenyalang.

“Datang dengan dua atlet, pulanglah dengan ikatan 20 atau lebih atlet. “Semestinya sukan adalah antara pentas untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta,” katanya.

Sementara itu, Presiden  Persatuan Taekwondo Malaysia Sarawak (WTF), Azizul Annuar Adenan berkata, antara negara luar yang turut serta ialah Australia, Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam, Brunei, Myanmar, Belgium dan Singapura.

Justeru beliau berharap agar penyertaan sukan taekwondo akan mendapat sambutan yang lebih meriah daripada pihak luar. “Ini membuktikan kita telah ke hadapan merangka perpaduan dalam kepelbagaian menerusi sukan taekwondo.

“Ia sekali gus membawa makna keharmonian dan keamanan terjalin kepada semua,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri, Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak Nancy Jolhi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru