Thursday, October 6, 2022

Jatuh hati dengan wangi biris

Secara Rawak

BERAS biris mula meniti di bibir serta menjadi sebutan ramai kerana ia berada pada tempatnya tersendiri – duduk di kerusi premium.

Keunikan butir padinya yang melentik tidak seperti padi lain mencuri perhatian sehinggakan pelbagai pihak bekerja keras untuk memartabatkan varieti tradisional ini agar tidak lenyap.

Mula diketengahkan secara serius sejak beberapa bulan lalu, beras biris diangkat selain bagi menambah bilangan varieti trafisional beras Sarawak sedia ada tetapi ia kini dikategori dalam kelompok bekalan makanan tempatan sebagai alternatif untuk meminimumkan tekanan keselamatan makanan di negeri ini.

Ditanam secara tradisional di sebuah perkampungan kecil di Kampung Lubok Punggor, Simunjan sejak tahun 1900-an lalu.

Beras biris asli kini hanya tumbuh serta subur di tanah kampung yang digelar lidah Sungai Batang Lupar berkenaan.

Walaupun usia kewujudannya lama sebagai makanan rugi masyarakat setempat serta dinilai setaraf dengan beras premium lain seperti beras Bario sehingga Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyebut potensi biris.

Hasrat untuk mengangkat beras biris ketika ini bukan sahaja bertujuan varieti itu kekal kerana hanya suku daripada petani di Kampung Lubok Punggor bergelar pesawah padi biris kini.

Bahkan inisiatif Kerajaan Sarawak secara tidak langsung membenarkan biris yang di ambang pupus untuk kekal relevan sebagai tanaman petani di kampung itu demi tatapan generasi akan datang sekali gus memberi nafas baharu kepada penduduk Kampung Lubok Punggor meraih pendapatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru