Sunday, October 2, 2022

Wanita curi durian, habiskan dalam 3 minit di dalam tandas

Secara Rawak

 

GUANGDONG: Tingkah laku seorang wanita mencetuskan pelbagai reaksi netizen media sosial.

Wanita tersebut dilaporkan tidak dapat menahan kegilaannya terhadap durian sehingga sanggup mencurinya.

Dalam sebuah klip video berdurasi 58 saat yang dikongsi di Weibo, wanita itu berkunjung ke sebuah pasar raya lalu mencuri sekotak durian dan kemudian menyelinap masuk di dalam tandas untuk memakannya.

Wanita itu secara senyap-senyap mengambil sekotak durian bernilai sekitar RM66 dari rak, dan membawanya ke dalam tandas.

Kira-kira tiga minit kemudian, dia muncul dari tandas dengan tangan kosong dan dilihat mengelap bibirnya.

Perbuatan wanita itu tidak diketahui sehingga pekerja kedai membersihkan tandas dan mereka menemui kotak dan biji durian tersebut.

Wanita itu bernasib baik kerana pengurus kedai enggan membuat laporan polis.

“Dia menghabiskan sekotak durian dalam masa tiga minit, saya benar-benar takut dia akan tercekik,” tambahnya.

Pada masa yang sama, pengurus kedai itu juga memberitahu dia berharap wanita itu menunjukkan penyesalan atas perbuatannya itu kerana usianya masih muda.

https://video.sina.cn/finance/2022-07-27/detail-imizmscv3714845.d.html?vt=4

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru