Sunday, October 2, 2022

Tingkat kebajikan warga emas

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 225,492 Kad Kenyalang Emas (KGC) diagihkan kepada penerima yang layak di Sarawak sejak 1 Januari 2020 hingga 29 Julai 2022.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah, inisiatif tersebut bagi meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga emas di negeri ini.

“Dalam pada itu, sebanyak 383 syarikat swasta dan pusat komersial telah berdaftar sebagai rakan strategik KGC dan jumlah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dipertanggungjawab untuk mengenal pasti dan mempelawa syarikat, badan swasta, jabatan-jabatan/agensi untuk menjadi rakan strategic KGC,” katanya pada sidang media di sini, semalam pada Khamis.

Selain itu katanya, Kerajaan Sarawak melalui JKMK telah membelanjakan sebanyak RM27,378,000 kepada 9,126 waris pemegang KGC yang layak di bawah Bantuan Ihsan Kematian (BIK).

“Pemberian BIK kepada pemegang KGC yang meninggal dunia adalah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban keluarga bagi menanggung kos pengebumian.

Setiap pemegang KGC yang layak akan menerima sebanyak RM3,000 seorang.

“Bantuan ini juga terbuka kepada masyarakat yang tidak berkemampuan dan tidak menerima sebarang bantuan kebajikan kematian daripada mana-mana pihak kecuali Penerima Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera,” jelasnya.

Tambahnya, mereka yang layak memohon KGC adalah berusia 60 tahun ke atas, pemastautin tetap dan warganegara Malaysia dengan status ‘K”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru