Sunday, October 2, 2022

Tambah kerusi DUN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Data pecahan penduduk mengikut daerah berdasarkan Banci Malaysia 2020 membolehkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menetapkan tambahan kerusi diperlukan.

Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, data statistik ini menentukan berapa kerusi DUN dan Dewan Rakyat yang hendak ditambah mengikut pecahan penduduk ini.

Bercakap kepada pemberita selepas Siri Jelajah Parlimen dan DUN bagi Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan KDNK 2021 Sarawak pada Khamis, menyifatkan tambahan kerusi itu mudah dicadangkan di peringkat Dun, tetapi sukar di Dewan Rakyat kerana Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai majoriti dua pertiga.

Kali terakhir persempadanan semula kerusi Dun Sarawak ialah pada 2015 bertambah daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru