Sunday, October 2, 2022

Sarawak perlukan pakar kimia hasilkan sumber tenaga hijau

Secara Rawak

LIMBANG: Sarawak mempunyai banyak sumber, tetapi ketika ini sumber tersebut perlu ditambah nilai oleh generasi anak Sarawak berdasarkan pencapaian dan kualiti ilmu pengetahuan dikuasai mereka.

Sarawak jelas memerlukan pakar bidang kimia dan hidrogen sesuai dengan perancangan ekonomi negeri berasaskan teknologi baharu khususnya dalam pengeluaran hidrogen dan tenaga hijau.

Berucap pada perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sarawak di Dewan Suarah Limbang pada Khamis, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak negeri berpotensi yang mempunyai pelbagai sumber boleh diperbaharui.

Menurut beliau, Sarawak dianugerahkan banyak sumber air untuk menghasilkan amonia dan pakar kimia khususnya hidrogen diperlukan terlibat dalam usaha ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru