Sunday, October 2, 2022

Rumah Entengan perhentian ke-15

Secara Rawak

PAKAN: Rombongan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) disambut meriah sebaik singgah di Rumah Entengan Matik, Tubai Buah di sini, semalam sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Rombongan yang diketuai Norehan Kipli itu turut disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom. Hadir sama Pegawai Daerah Pakan, Kelly Merang dan Pegawai Penerangan Daerah Pakan, Thomas Mandang.

Rumah Entengan merupakan perhentian ke-15 rombongan itu selepas singgah di Sarikei dan Bintangor.

Majlis turut diserikan dengan upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) daerah Pakan.

Sejurus selesai program di rumah panjang tersebut, Mawan turut berkonvoi bersama-sama rombongan ke pintu gerbang pekan Pakan bagi upacara memacak bendera.

Beliau seterusnya menyerahkan baton Jalur Gemilang kepada Thomas Mandang dan sekali gus melakukan pelepasan konvoi mengelilingi Pakan.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru