Sunday, October 2, 2022

PRU-15: Boleh diadakan bila-bila masa

Secara Rawak

KUCHING: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) boleh diadakan pada bila-bila masa dan tiada tarikh tepat kata Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Profesor Madya Dr Lee Kuok Tiung.

“Saya percaya Perdana Menteri ketika ini cuba membuat pembubaran Parlimen sebelum atau selepas pembentangan bajet, sebab pernah berlaku sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamed umum pembubaran Parlimen selepas pembentangan bajet.

“Semua pihak juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya baik BN, PN, PH.

Tetapi di Semenanjung Malaysia terdapat 165 kerusi saya percaya mereka akan mengedarkan lebih kurang sama ketiga-tiga komponen tersebut,” katanya.

Dr Lee menyifatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS ) memainkan peranan penting sebagai pembuat keputusan.

Dalam pada itu, beliau juga melihat dalam banyak parti, UMNO paling bersedia kerana banyak melakukan kerja untuk menghadapi PRU kali ini.

“Jika di Sarawak, GPS kita nampak paling konsisten, manakala parti lain lebih kepada masalah dalaman kerana PKR baru menghadapi pemilihan parti dan di Sabah pula Warisan masih dengan pemilihan parti,” ujarnya.

Di samping itu, Dr Lee turut menegaskan perpecahan dalaman parti menyebabkan sesebuah parti tidak kuat.

“Kita nampak pada PRN Sarawak yang lepas salah satu faktor menyumbang kepada kemenangan besar GPS adalah disebabkan pembangkang berpecah,” jelasnya.

Malah, Dr Lee turut meramalkan pengundi kali pertama yang berumur 18 hingga 20 tahun turut memainkan peranan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru