Sunday, October 2, 2022

Penduduk S’wak kini 2.45 juta, warga 65 tahun ke atas 7.5 peratus

Secara Rawak

 

KUCHING: Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 memaklumkan Sarawak merekodkan 2.45 juta penduduk dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 0.2 peratus bagi tempoh 2011 sehingga 2020.

Bercakap kepada pemberita selepas Siri Jelajah Parlimen dan DUN bagi Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan KDNK 2021 Sarawak pada Khamis, Asfia mendedahkan komposisi penduduk umur tua 65 tahun dan ke atas di Sarawak mencatatkan 7.5 peratus berbanding 6.8 peratus pada peringkat Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru