Thursday, October 6, 2022

Mat Kilau raih RM100 juta, Syamsul bakal bikin filem epik baharu termahal di M’sia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena, memungut hampir RM100 juta dan memasuki pasaran Indonesia, sutradara muda Syamsul Yusof dilaporkan menerima tawaran menghasilkan sebuah lagi filem epik mengangkat keagungan sejarah Melaka.

Syamsul dilapor mengesahkan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk menghasilkan filem epik yang menelan kos ratusan juta ringgit itu.

Laporan media tempatan menyebut, Syamsul menyifatkan pembikinan filem itu bakal menjadi projek termahal pernah dihasilkan di negara ini.

Bagaimanapun penghasilan filem berkenaan masih dalam fasa perbincangan awal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru