Sunday, October 2, 2022

Mantapkan kerjasama guru, ibu bapa

Secara Rawak

MUKAH: Hubungan antara guru, kakitangan bukan guru dengan ibu bapa perlu terus dikukuhkan bagi mengekalkan semangat kerjasama yang terjalin sejak sekian lama.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Teh, Ismail Hud berkata, kerjasama tersebut penting untuk bersamasama membentuk sahsiah pelajar.

“Selain menjalankan tugas harian, kita semua perlu juga mengukuhkan kerjasama.

“Melalui kerjasama seperti ini, segala perancangan kita di sekolah akan menjadi lebih mudah,” katanya berucap pada Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih di sini.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung The, Jawawi Ragas semasa berucap menghargai sumbangan dua kakitangan sekolah tersebut yang berpindah ke sekolah lain.

Menurutnya, guru dan kakitangan sekolah tersebut sentiasa berdamping dengan PIBG bagi memastikan perjalanan pembelajaran berjalan lancar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru