Saturday, October 1, 2022

Lelaki maut, motosikal bertembung kereta

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di KM 22, Jalan Kota Samarahan-Asajaya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintendan Sudirman Kram berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 petang.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang berusia 19 tahun, bergerak dari arah Sadong Jaya hendak menuju ke Kota Samarahan.

“Mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta yang bergerak lurus dari arah Kota Samarahan menuju ke Sadong Jaya.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru