Sunday, October 2, 2022

Keluar daripada kemiskinan melalui perniagaan

Secara Rawak

KUCHING: Masyarakat tempatan digalakkan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, dengan bimbingan dan bantuan diberikan oleh kerajaan, usaha tersebut dapat direalisasikan khususnya dalam membantu golongan sasar.

“Pandemik Covid-19 menjejaskan banyak perniagaan, malah ada yang terpaksa ditutup.

“Justeru, program yang diadakan hari ini diharap dapat membantu golongan sasar terutama miskin tegar untuk menambah pendapatan.

“Ia termasuk menggalakkan masyarakat mengubah fikiran bahawa mereka tidak akan sentiasa miskin.

Pejabat Pembangunan Negeri mempunyai pelbagai inisiatif serta bantuan bagi mengalakkan rakyat terlibat dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Simbolik Serahan Bantuan Ukasih Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi Bagi Isu Rumah E-Kasih Sarawak Tahun 2022 di sini, kelmarin.

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak terus membantu golongan yang memerlukan termasuk menyediakan pelbagai inisiatif bantuan, skim dan sebagainya untuk rakyat.

“Ia termasuk menyediakan bantuan dan peruntukan khas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pelbagai pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan juga memperkenalkan pinjaman tanpa faedah,” ujarnya.

Program yang dimulakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu bertujuan membantu usahawan menambah pendapatan melalui pengagihan peralatan dan latihan kemahiran.

Seramai 30 penduduk Satok menyertai program tersebut dan menerima peralatan yang akan membantu mereka dalam bidang perniagaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru