Sunday, October 2, 2022

Kadar tembusan, kepantasan Internet dipertingkatkan demi jayakan ekonomi digital

Secara Rawak

KUCHING: Penembusan dan kepantasan Internet penting demi menjayakan ekonomi digital di Sarawak, selain menghadapi cabaran dan persaingan global masa kini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini membabitkan pelaburan yang tinggi demi membangunkan prasarana digital masa kini.

Bagi beliau, meski berdepan cabaran, kelajuan Internet perlu diperingkatkan sehingga mencapai 5G di seluruh Sarawak.

Bercakap pada perasmian sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sarawak di Dewan Suarah Limbang, Abang Johari berkata, segala usaha merupakan agenda besar bertujuan mengubah nasib dan masa depan rakyat khususnya masyarakat luar bandar.

Beliau turut mengulas peranan guru membangunkan potensi anak Sarawak bersama-sama Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru