Sunday, October 2, 2022

Ibu mentua penggal menantu, serah kepala di balai polis

Secara Rawak

 

ANNAMAYYA: Satu kejadian mengerikan mengejutkan penduduk daerah Annamayya, Andhra Pradesh baru-baru ini.

Menurut Arynews, seorang wanita membunuh menantu perempuannya dan kemudian membawa kepala mangsa yang terputus itu ke balai polis.

Wanita bernama Subbamma itu bertindak memenggal kepala menantunya Vasundhara atas dakwaan menjalin hubungan sulit dengan lelaki dan juga pertikaian berkaitan harta.

Wanita itu mengejutkan polis dan penduduk tempatan apabila dia membawa kepala mangsa yang ditutup kemas dalam plastik itu kepada mereka.

Menurut penduduk tempatan, ia merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di balai polis.

Laporan itu menyatakan mangsa merupakan balu beranak dua dan suaminya meninggalkan harta lain termasuk rumah untuknya.

Mangsa dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, sebelum di bunuh ibu mentuanya itu.

Subbamma yang kecewa kerana tidak mendapat rumah tersebut membunuh menantunya dengan bantuan anaknya Chandu. Polis menemui mayat Vasundhara di rumahnya dan menahan Subbamma dan Chandu untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru