Sunday, October 2, 2022

Dr Mahathir saman Ahmad Zahid

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disaman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ‘kutty’.

Dr Mahathir, 97, memfailkan saman fitnah itu 20 Julai lepas di Mahkamah Tinggi mendakwa Ahmad Zahid, 69, mengeluarkan kenyataan memfitnah dirinya semasa mesyuarat Umno Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Kenyataan fitnah tersebut dikatakan bermaksud beliau bukan dilahirkan sebagai Melayu atau Islam dengan nama asal yang didakwa sebagai ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ dan menggunakan orang Melayu semasa menjadi Perdana Menteri untuk mendapat keuntungan politik.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam kenyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos lepas menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, menafikan kenyataan tersebut berniat jahat.

Presiden Umno itu mendakwa nama “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty” merujuk kepada individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan yang lama.

Laporan menyebut, mahkamah menetapkan 13 September ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru