Sunday, October 2, 2022

319 aduan, 81 peratus selesai

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Biro Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA) berharap dapat bekerjasama dengan Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Premier Sarawak (Unions) dalam menyelaraskan pengurusan aduan di Sarawak.

Ketua Pengarah BPA, S.Letchumanan Shanmugam berkata, pihaknya juga bersedia untuk berkongsi pengalaman dan menyediakan latihan SISPAA dan ‘Respons Rakyat’ kepada Unions.

“Terdapat dua saluran utama aduan awam BPA iaitu Sistem Aduan Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan aplikasi telepon pintar ‘Respons Rakyat’.

“Dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 2022, terdapat 319 aduan yang diterima BPA untuk Sarawak dan sebanyak 259 aduan tersebut iaitu 81 peratus diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam menerima kunjungan hormat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) hormat daripada Datuk Dr Juanda Jaya di Putrajaya barubaru ini.

Dalam kunjungan tersebut S.Letchumanan turut menerangkan secara ringkas latar belakang dan punca kuasa penubuhan BPA yang memfokus kepada usaha meningkatkan kadar penyelesaian aduan diterima orang awam serta menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan.

Juanda berkata, antara matlamat kunjungan adalah untuk mengeratkan hubungan Unions dan BPA dalam mengukuhkan perkara berkaitan ombudsman.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru