Saturday, October 1, 2022

Wanita saman rakan kerana pelukan kuatnya patahkan tulang rusuk

Secara Rawak

YUEYANG: Seorang wanita memfailkan saman terhadap rakan sekerjanya selepas dia dilaporkan patah tulang rusuk semasa di peluknya.

Insiden itu berlaku pada Mei 2021 dan menurut laporan Timesnow, wanita itu berbual dengan rakan sekerjanya di pejabat apabila seorang rakan sekerja lelaki menghampirinya dan memeluknya terlalu erat sehingga dia menjerit kesakitan.

Dia mendakwa lelaki itu memeluknya terlalu kuat sehinggakan dia terus berasa sakit dada semasa pulang dari kerja.

Dia bagaimanapun tidak melakukan pemeriksaan di klinik sebaliknya hanya menyapu minyak panas dan tidur.

Namun, kira-kira seminggu kemudian apabila sakit di bahagian dadanya semakin teruk, dia mengunjungi hospital mencari puncanya.

Hasil pemeriksaan doktor mendedahkan dia patah tiga tulang rusuk, menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti dan membelanjakan wang yang banyak untuk kos perubatan.

Wanita itu berkata, dia bertemu rakan sekerja yang telah memeluknya, dan mereka cuba merundingkan penyelesaian, tetapi tidak dapat mencapai persetujuan.

Dia kemudiannya memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Yunxi meminta pampasan bagi kerugian kewangan akibat pelukan itu yang mengakibatkan perbelanjaan besar dari segi kos perubatan.

Seorang hakim memerintahkan rakan sekerja lelaki itu RM6,573 (10,000 yuan) kerana mematahkan tulang rusuk wanita itu secara tidak sengaja.

Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas rakan sekerja yang lain memberi keterangan berkaitan kejadian itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru