Sunday, October 2, 2022

Urus pengurusan ekonomi negeri dengan ilmu STEM – Abang Johari

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak cuba memaksimumkan penguasaan ilmu terkini dalam mentadbir negeri termasuk melaksanakan inisiatif ekonomi digital berasaskan ilmu algoritma yang dicipta oleh sarjana Islam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, golongan muda mula mengorak langkah menguasai ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem).

Justeru, menurut beliau ini memudahkan usaha mentransformasi pengurusan ekonomi negeri.

Menurut Abang Johari, dalam memperkasa usaha tersebut, Kerajaaan Sarawak bekerjasama dengan Jabatan Mufti Sarawak membangunkan pusat astronomi di negeri ini.
Ketika ini terdapat pusat astronomi di Miri yang siap Julai 2021 dan sebuah pusat dalam pembangunan di Bintulu, serta sebuah lagi dalam perancangan dibangunkan di Pantai Damai.
Abang Johari menegaskan betapa pentingnya para belia menguasai ilmu angkasa.

Pada majlis Penangguhan Liqa’ Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia Kali Kedua itu, Abang Johari menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Mufti Sarawak kerana berjaya menganjurkan acara kejohanan sukan dwitahunan melibatkan 14 Jabatan Mufti seluruh Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru