Saturday, September 24, 2022

Tingkatkan prestasi anak-anak dalam pendidikan

Secara Rawak

SARATOK: Adun Kalaka Mohamad Duri bersedia menghulur tangan kerjasama serta berganding bahu dengan pihak sekolah di kawasannya dalam usaha meningkatkan prestasi dan kemenjadian anak-anak.

Menurutnya, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menunjukkan contoh yang jelas untuk memberi tumpuan serius dalam bidang pendidikan.

“Maknanya sebagai wakil rakyat, saya sedaya upaya memberikan yang terbaik demi meningkatkan prestasi dan kemenjadian anak-anak di sekolah.

“Saya tiada masalah, saya anggap ini sebagai amanah untuk membantu anak bangsa agar berjaya dalam pendidikan, yang sekali gus dapat mengubah taraf hidup mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya lanjut ikrarnya untuk membantu sekolah-sekolah dalam Dun Kalaka seusai Majlis Penutupan Program Hala Tuju Pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok di Dewan As Saadah.

Jelasnya, pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting.

“Kerajaan Sarawak sendiri misalnya serius membina sekolah bertaraf dunia di Sarawak.

“Di samping banyak perancangan lain demi menjadikan pendidikan di negeri ini setanding institusi terkenal di luar negara,” ujarnya.

Beliau memuji inisiatif SMK Agama Saratok untuk menganjurkan program hala tuju seumpama ini.

“Saya berharap SMK Agama Saratok dan sekolah-sekolah lain dalam Dun Kalaka terus menjadi lubuk melahirkan bijak pandai.

“Saya yakin usaha ini bukan mustahil dengan adanya kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa, wakil rakyat dan masyarakat sekeliling,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru