Sunday, October 2, 2022

S’wak dijangka dapat suntikan modal lebih RM100 bilion capai negeri maju 2030

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak berpotensi suntik modal lebih RM100 bilion untuk ekonomi negeri dalam tempoh lapan tahun akan datang sebaik sahaja impian menjadi negeri maju 2030 tercapai.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jumlah yang dijangka diperoleh daripada sektor kerajaan dan swasta itu lebih tinggi daripada sasaran RM64 bilion sebelum ini.

Bagi Abang Johari, unjuran awal itu bersifat konservatif kerana tidak mengambil kira pelaburan
loji hidrogen dari Sumitomo serta Samsung.

Sebaliknya unjuran awal itu hanya memfokus kepada Sarawak Energy Bhd (SEB) yang sedia pasti memperuntukkan RM40 bilion sehingga 2026.

Bercakap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan SEB pada Selasa, Abang Johari berkata, peningkatan tenaga kerja mahir di Sarawak mampu memberi manfaat bagi pembangunan prasarana negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru