Sunday, October 2, 2022

Suami potong tangan isteri, marah isterinya dapat tawaran kerja

Secara Rawak

KETUGRAM: Seorang suami bertindak memotong tangan isterinya dan kemudian membawanya ke hospital untuk rawatan.

Dia bagaimanapun menyembunyikan bahagian yang dipotongnya itu supaya doktor tidak dapat menyambungnya semula.

Menurut laporan polis seperti dipetik OplIndia, mangsa tidur apabila suami bersama-sama dua rakannya menggunakan parang memotong tangannya.

Renu dikejarkan ke hospital dan keadaannya dikatakan stabil, tetapi kritikal.

Sang suami dan anggota keluarganya yang lain dikatakan menyembunyikan diri selepas insiden tersebut.

Berdasarkan aduan yang dibuat oleh bapa Renu, polis memulakan siasatan dan melancarkan operasi mencari untuk menangkap tertuduh.

Penduduk tempatan memberitahu pihak berkuasa bahawa Renu sedang menjalani latihan kejururawatan dan bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah hospital swasta di bandar Durgapur.

Sariful dikatakan marah apabila mangsa mendapat tawaran bekerja di pejabat kerajaan negeri.

Menurut mereka lagi, suspek yang merupakan pemilik kedai runcit bimbang isterinya akan meninggalkan dia dan keluarganya selepas mendapat pekerjaan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru