Saturday, September 24, 2022

SPR: Daftar pemilih tambahan

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022 serta pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status digalakkan menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2022.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata semakan boleh dibuat mulai hari ini hingga 14 September melalui lima kaedah antaranya menerusi portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.

“DPT BLN7/2022 diwartakan pada 16 Ogos.

Ia mengandungi nama bagi 40,989 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Julai 2022.8.16.

”Mereka didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 13,481 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,116 orang pemilih bertukar status/ kategori pengundi,” katanya semalam.

Justeru katanya, sekiranya orang ramai mendapati nama tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berkenaan.

“Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan raya dengan mengisi Borang D dan hadir kepejabat PRN.

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal pejabat PRN di pautan http:// ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PRN berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan dibuka,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru