Sunday, October 2, 2022

RCI mungkin ditubuh siasat skandal LCS

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan, beliau tidak menolak kemungkinan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mungkin ditubuhkan bagi menyiasat skandal berhubung pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Wan Junaidi berkata, beliau percaya dilaksanakan (RCI) kerana Perdana Menteri dikatakan pernah menyebut hal itu.

Bercakap pada sidang akhbar selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang pada Rabu, Wan Junaidi berkata, ada kemungkinan RCI diadakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melakukan yang terbaik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru