Sunday, October 2, 2022

Promosi tarian, muzik Orang Ulu ke peringkat antarabangsa

Secara Rawak

GEORGE TOWN: Persatuan Kayan Sarawak mahu mempromosi Tarian dan Muzik Orang Ulu ke peringkat antarabangsa.

Menurut Pengerusi Persatuan Kayan Sarawak, Danny Bungan, persatuan ingin bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memperoleh sokongan kewangan bagi mempromosi persembahan itu bermula daripada peringkat domestik, Asian, Eropah dan Amerika Syarikat.

Danny berkata pihaknya berbincang dengan kementerian cara mereka boleh membantu mempromosikan persembahan tarian dan muzik Orang Ulu itu.

Memberitahu pemberita selepas perasmian persembahan Tarian dan Muzik Orang Ulu oleh Persatuan Kayan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Straits Quay Marina 17-9 Ogos, program kebudayaan berkenaan mampu mempromosi tarian dan muzik masyarakat Orang Ulu kepada rakyat Malaysia serta pelancong asing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru