Sunday, September 25, 2022

Pelbagai inisiatif galak rakyat berniaga – Ibrahim

Secara Rawak

KUCHING: Masyarakat harus menyambut baik bantuan dan bimbingan diberikan kerajaan dalam usaha melibatkan individu dalam bidang perniagaan membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bercakap pada Majlis Simbolik Serahan Bantuan Ukasih Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi Bagi Isu Rumah E-Kasih Sarawak 2022, Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, Pejabat Pembangunan Negeri juga mempunyai pelbagai inisiatif serta bantuan mengalakkan rakyat terlibat dalam perniagaan.

Bagi beliau pandemik Covid-19 menjejaskan banyak perniagaan, malah ada yang terpaksa ditutup, justeru program diadakan diharap dapat membantu golongan sasar terutama miskin tegar untuk menambah pendapatan.

Menurut Ibrahim, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak terus membantu golongan yang memerlukan termasuk menyediakan pelbagai inisiatif bantuan dan skim untuk rakyat, termasuk menyediakan peruntukan khas untuk PKS, pelbagai pakej BKSS. selain memperkenalkan pinjaman tanpa faedah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru