Sunday, October 2, 2022

M’sia raih pelaburan awal digital 2022 RM7.2 bilion

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menarik lebih RM7.2 bilion pelaburan pada separuh pertama 2022, selain pelaburan RM10.94 bilion pada 2021, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan RM18.14 bilion.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata, pelaburan berjaya diperoleh melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya yang turut disiarkan secara maya, Anwar menyifatkan pencapaian berkenaan membuktikan negara berada pada kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran pelaburan digital RM70 bilion menjelang 2025, selaras Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Pelaburan digital itu diperoleh daripada 53 syarikat yang berkembang pesat dan terkemuka dalam industri dari pelbagai negara termasuk Australia, China, Jepun, Singapura, Switzerland, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Malaysia berhasrat menjadi hab digital di Asean.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru