Sunday, September 25, 2022

Kamera tersembunyi rakam aksi wanita cuba racun suami

Secara Rawak

CALIFORNIA: Seorang pakar dermatologi California ditahan kerana didakwa meracun suaminya.

Perbuatannya terbongkar selepas suaminya, Jack Chen memasang kamera tersembunyi untuk memerangkapnya.

Rakaman tersebut menunjukkan Yue “Emily” Yu, 45, menuang pembersih longkang ke dalam air limau panas suaminya, di kediaman mereka di Irvine, California.

Suspek melakukan perkara itu berkali-kali tanpa menyedari semua perbuatannya dirakam.

Dalam keterangannya, Chen memberitahu polis dia jatuh sakit dan mengalami kecederaan serius selepas diracun Emily.

Chen kemudian menyerahkan bukti rakaman video tersebut bagi menyokong dakwaannya.

Mangsa turut memfailkan penceraian selepas 10 tahun berkahwin dan dalam dokumen mahkamah turut mendakwa Emily mendera dia dan dua anak mereka secara emosi dan fizikal selama bertahun-tahun.

Apabila marah Emily menjerit pada anak-anaknya, dia biasanya akan menyumpah mereka “pergi mati” dalam bahasa China menurut dokumen yang diperoleh oleh New York Post.

Selain Emily, ibunya Yugin “Amy” Gu juga sering menyumpah Chen dan anak-anaknya.

Semasa anak-anak mereka masih kecil, Chen memberitahu Emily juga akan memukul anak-anak mereka jika kencing di atas tilam, tidak membenarkan anak-anak tidur lebih awal daripada waktu yang ditetapkan dan menghukum mereka jika mereka menunjukkan kasih sayang pada dirinya.

Polis menahan Emily yang menafikan semua dakwaan Chen.

Walaupun masih belum ada pertuduhan difailkan, Chen diberikan perintah sekatan sementara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru