Sunday, October 2, 2022

Juruteknik tempatan Sarawak Metro dapat pujian selenggara bas hidrogen dengan baik

Secara Rawak

KUCHING: Kuching bandar raya pertama di Asia Tenggara memperkenalkan bas menggunakan bahan bakar hidrogen untuk kegunaan awam.

Pengenalan bas hidrogen tersebut pada januari 2020, berperanan sebagai persediaan untuk pelaksanaan sistem pengangkutan awam pelepasan sifar pencemaran.

Operasi percubaan ini penting dalam proses penggunaan teknologi baharu – bahan api hidrogen ke arah penyahkarbonan sektor pengangkutan awam.

Perkhidmatan penumpang operasi percubaan bas hidrogen dihentikan 6 hingga 21 Ogos ini untuk melakukan kerja penyelenggaraan utama.

Bagaimanapun, sepanjang dua tahun bas hidrogen beroperasi di Kuching, jurutera Foshan Feichi Automobile Manufacture Co. Ltd (Feichi) di China kagum dengan prestasi bas yang dalam operasi percubaan bawah Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) itu.

Ketika juruteknik Feichi, syarikat pengeluar tiga bas hidrogen Metro Sarawak tidak dapat mengunjungi Kuching untuk menjalankan kerja penyelenggaraan berjadual, ekoran sekatan pergerakan yang dikenakan Malaysia dan China ekoran pandemik Covid-19– pasukan teknikal Sarawak Metro melakukan tugasan baik memantau ketiga-tiga bas yang dikatakan dalam keadaan sangat baik.

Salah seorang wakil Feichi, Kingsley Zhou Jia Dong mengakui juruteknik tempatan sejak dua tahun lalu telah memastikan bas tersebut selamat dan sesuai digunakan.

“Walaupun kami tidak dapat berada di sini secara fizikal di Kuching untuk menjalankan penyelenggaraan dan servis sejak dua tahun lalu, kami semua kagum dengan prestasi bas (tersebut),” kata Zhou.

Sejak dua tahun lalu pasukan juruteknik tempatan Sarawak Metro berada di bawah bimbingan berterusan Feichi, menggunakan platform digital untuk berkomunikasi setiap minggu.

Di bawah sekatan perjalanan ketat dikenakan China, ketiga-tiga juruteknik Feichi mendapat kebenaran khas melakukan perjalanan dua minggu ke Kuching untuk menjalankan kerja penyelenggaraan berjadual utama pada bas hidrogen berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru