Saturday, October 1, 2022

Elon Musk akui hanya bergurau beli Manchester United

Secara Rawak

TEXAS: “Ini jenaka di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan,” jawab Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk ketika ditanya: “Adakah anda serius?” oleh pemilik Tesla Silicon Valley di Twitter.

Ciapan Musk di Twitter sebelum ini yang mahu membeli pasukan bola sepak Manchester United (MU) memberi harapan kepada banyak pihak.

Bagaimanapun menurut Musk, jika diberi peluang memilih, beliau pasti memilih MU kerana pasukan tersebut diminatinya sejak kecil – MU antara kelab bola sepak memiliki paling ramai penyokong di dunia dan melakar sejarah menjadi juara England 20 kali serta tiga kali muncul juara Eropah.

Sebelum ini Musk juga pernah mengumumkan mahu membeli Twitter.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru