Sunday, September 25, 2022

Bomba S’wak pantau pembakaran terbuka, depani jerebu

Secara Rawak

KUCHING: Pengarah Bomba Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran terbuka melibatkan kawasan belukar yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara.

Pihak bomba kini mempersiapkan 10 lori tangki air bagi menghadapi musim kering, selain helikopter (Mi171), dua dron, pam air, 16 lori, 13 van dan 78 pikap.

Bomba juga sedia mengerah 1,427 pegawai dan anggota termasuk 2,349 anggota Pasukan Bomba Sukarela, 8,624 anggota Bomba Komuniti, 10,374 anggota Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) dan 820 ahli Summer Camp.

Menurut Khirudin pihak bomba bersama-sama Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memantau sebarang kegiatan pembakaran terbuka, selain memantau titik panas melalui cerapan satelit.

Pada Ogos tahun ini, Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 150mm hingga 350mm kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit yang dijangka menerima hujan melebihi purata 280mm hingga 400mm.

Pada September, Kuching, Betong, Sri Aman, Sarikei dan Sibu dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata antara 300mm hingga 400mm, manakala bahagian lain dijangka menerima hujan pada paras purata antara 200mm hingga 350mm.

Pada Oktober, Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata antara 200mm hingga 450mm.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru