Saturday, September 24, 2022

Bercerita bersama pencerita

Secara Rawak

MIRI: Pustaka Negeri Sarawak, Miri mempelawa kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk menyertai Karnival Kanak-kanak Sarawak 2022 yang bakal diadakan pada 27 dan 28 Ogos ini.

Jurucakap Pustaka Negeri Sarawak Miri berkata, ia merupakan tahun ketiga karnival seumpamanya dianjur dengan pelbagai acara yang menarik tumpuan ratusan pengunjung cilik.

“Pelbagai aktiviti menarik dan berilmiah telah dirancang yang pastinya akan menghiburkan serta mengisi kelapangan anak-anak pada hujung minggu.

“Antara aktiviti atau acara yang akan berlangsung selama dua hari tersebut adalah Sesi Bercerita bersama Pencerita Terkemuka, Sesi Jelajah Sains, Sesi Permainan & Tarian, Pasar Pereka Cipta, Sesi Steam (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan Sesi Seni dan Kraf,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Bagi Sesi Bercerita Bersama Pencerita Terkemuka tahun ini akan melibatkan empat orang pencerita yang dijemput khas untuk karnival ini iaitu Linda Ang yang lebih dikenali sebagai Hong Jie Jie, Mochamad Ariyo Zidni (Kak Aio) dari Indonesia, Nor Azhar Ishak (Uncle NAI) dan Jackie Kerin dari Australia.

Karnival yang dijayakan bersama pelbagai agensi berkenaan akan dibahagikan kepada 11 ruang.

Antaranya Ruang Sensori, Ruang Bercerita, Ruang Pereka Cipta, Ruang Gastro, Ruang Bahasa, Ruang Jualan, Ruang Persembahan, Ruang Permainan, Ruang Penulis, Ruang Planet dan Ruang Artistik.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi penganjur di talian 085-422 525 (Mohd. Khadzrie Mohd.

Ramzie Faizal, Muhd. Annwar Adenan, Suzanna Abdullah, Zuwahir Ilias, Mohd. Awis Abu Bakar).

Mereka yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.pustakasarawak.com serta saluran media sosial Pustaka Negeri Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru