Sunday, September 25, 2022

25 RUU diluluskan pada Sidang Parlimen

Secara Rawak

KUCHING: Membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang (RUU) berjaya diluluskan pada sidang Parlimen Malaysia kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataannya menyifatkan, semua RUU yang diluluskan berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat, selain melibatkan aspek kewangan, pertanian, industri makanan, sumber manusia, pelancongan, jenayah, kehakiman, pertahanan dan kepolisan.

Bagi Wan Junaid undang-undang yang dianggap mempunyai kepentingan semua ialah Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat.

Antara RUU yang diluluskan di Dewan Negara ialah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Akta Kehadiran Wajib Pesalah (Pindaan) 2021 juga di bawah KDN, Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

RUU ialah Antigangguan Seksual 2021 bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Akta Racun (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta tiga di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022, Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022 dan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru