Sunday, September 25, 2022

Wanita rentung di dalam kereta

Secara Rawak

LIMBANG: Seorang wanita rentung apabila kereta dinaikinya terbakar setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pikap di Jalan Nanga Menamit, di sini semalam pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 9 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Semasa tiba di lokasi, kemalangan mengakibatkan sebuah Proton Saga terbakar di lokasi dan sebuah Toyota Hilux terbabas di tepi jalan.

“Pasukan bomba terus membuat kerja pemadaman sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam pada Isnin.

Beliau berkata, setelah pemadaman selesai, pasukan bomba menemui mangsa rentung di dalam kereta tersebut.  Manakala pemandu pikap mengalami kecederaan dan telah dihantar oleh orang awam ke hospital berdekatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru