Saturday, September 24, 2022

Tebus baucar PTV anda sekarang

Secara Rawak

KUCHING: Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini boleh menebus Baucar Perlindungan Tenang (PTV) bernilai RM75.

Mereka hanya perlu membayar caruman RM5 manakala RM70 akan ditanggung kerajaan bagi membolehkan penerima menikmati manfaat perlindungan insurans atau takaful.

Caruman RM5 itu adalah sebahagian daripada premium insurans atau sumbangan takaful penerima untuk pelan perlindungan Perlindungan Tenang.

Sejak pengenalan PTV pada September 2021, inisiatif tersebut telah memanfaatkan 1,705,687 orang pada tahun itu sahaja.

Sehingga akhir Jun 2022, sejumlah 2,881,444 baucar telah ditebus yang menyumbang kepada peningkatan penembusan perlindungan insurans dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Bayaran minimum RM5 boleh dibuat secara tunai atau dalam talian kepada penanggung insurans atau pengendali takaful produk Perlindungan Tenang yang ingin dibeli atau disertai oleh penerima BKM secara dalam talian atau di kaunter.

Penerima BKM di Sarawak boleh mendapatkan baucar tersebut dengan melayari https://linktr.ee/mossuritakaful.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 01154225824 Mossuri Takaful Services yang merupakan wakil korporat Zurich General Takaful Malaysia Berhad dan bertanggungjawab mengendalikan PTV.

Penerima BKM juga boleh mengunjungi Mossuri Takaful di alamat Tingkat 2, Sublot 15 Pusat Komersil 2 Cinta, Jalan Matang Baru untuk keterangan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru